Saya kerap kali terima pertanyaan samada melalui whatsapp, emel mahupon panggilan telefon yang berminat untuk membuat tempahan sticker tetapi tidak menyertakan butir butir penting untuk memudahkan seller memberi harga.

Bagi memudahkan seller memberi harga dengan sekali whatsapp/ pertanyaan, ingat untuk memberikan 3 info penting :

  • Saiz sticker – pastikan saiz dalam cm. Kalau yang berbentuk petak, bago saiz tinggi x lebat. Yang bulat, saiz diameter bulatan tu hujung kiri ke hujung kanan
  • Kuantiti – lebih bagus sekiranya dapat memberi kuantiti yang tepat. Kebiasaannya para seller ada menyediakan pakej dengan beemula dari 100pcs. Lebih baik berterus terang dengan seller mengenai kuantiti yang diperlukan untuk memudahkan proses berbincang antara seller dan pembeli
  • Design – ini juga aspek penting. Perlu nyatakan design sudah ada @ belum. Untuk proceed dengan printing, wajib telah ada design yang di save kan dalam format pdf / jpeg dgn resolusi (dpi) yang tinggi. Sekiranya belum ada design, perlu berbincang dengan seller untuk kerja kerja mendesain.
Ini antara contoh whatsapp yang dihantar oleh bakal pelanggan yang tidak meyertakan details yang diperlukan.