alhamdulillah atas rahmat dan kasih sayang Allah swt

Tahun 2020 selamat melabuhkan tirainya. Saya pasti semua kita mempunyai pengalaman tersendiri dalam mengharungi tahun 2020. Sesuatu yang tidak pernah kita jangka akan terjadi. allah bagi cuti panjang pada semua rakyat malaysia sepanjang 3 bulan dari minggu terakhit bulan March hingga awal Jun 2020

website ezyprintampang ini saya usahakan pada masa pkpb sepanjang 3 bulan tu. Saya amat bersyukur kerana website ini adalah sesuatu yang saya impikann sejak lama dahulu. Banyak juga berhabis duit upah web designer tapi tak kene dihati (buat untuk cabang bisnes lain) pergi ikut offline course tapi tak faham juga. Masa tu guna sistem coding. Emm macam meracau sikit bagi yang buta it ni. Lepas tu ada beli ebook, belajar sendiri hasilnya nampak betul macam tak siap rupanya. Macam macam pengalaman dengan website ni. But its ok. Its really ok. Pengalaman yang dikutip tu sepanjang proses pembelajaran itulah yang menghasilkan final produk, masih belum sempurna tetapi bolehlah memuaskan 70% dari citarasa sendiri. Macam dekorasi rumah hasil tangan sendiri, gitu ?

Dah 6 bulan website ni dipublish. Apakah impact / hasilnya pada perniagaan saya?

Alhamdulillah semasa pkpb website ni telah menjana jualan secara online. Semasa tu saya tak share whatsapp no, customer yang berkenan akan terus buat pembayaran. Produk yang paling laris adalah sticker printing dan cutting. Selepas bulan september saya masukkan whatsapp no untuk mudah dihubungi, pelanggan mula memilih untuk deal di whatsapp. Again, its ok with me, maknanya website saya ni masih banyak yang boleh diperbaiki sehingga customer berasa selesa dan yakin untuk close order/tempahan diwebsite. Saya akan berusaha kearah itu. Biarpon akan memakan masa. Its ok.

Untuk rakaniaga yang lain, usahakanlah untuk ada kedai online, biarpon tak berapa cantik berbanding yang pro punya tapi amat amat berbaloi dan perlu pada zaman sekarang. Dizaman semua maklumat hasil capaian internet, mahu tidak mahu nama kedai dan perkhidmatan yang kita sediakan wajiblah dapat dicari apabila customer search kata kunci di google. Selain website saya juga ada page bisnes di Facebook. Yang ni kalau tengok like tak sampai 150 tapi aktiviti cust hit page ada je setiap hari. Ushakanlah pada yang belum ada kedai online ini. Its take time untuk customer kenal dan bersabarlah tanpa kenal rasa jemu dan putus asa

Ini link ke page ezyprintampang

http://www.ezyprintampang.fb

Ampangprintingshop

Ampang hardcoverexpress

Moga 2021 akan menjadikan kita semua insan yang lebih baik dari semalam. Moga rahmat Allah swt sentiasa berada bersama.

Amin amin ya rabb